بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Antara Nabi yang pernah mengembala kambing adalah:
1. Nabi Adam
2. Nabi Musa
3. Nabi Ibrahim
4. Nabi Isa
5. Nabi Muhammad SAW
NABI MUHAMMAD SAW
1. Ketika berada di kampung ibu susuan Baginda, tanah menjadi subur dan susu kambing menjadi banyak sebagai tanda 'tuahnya' baginda SAW ketika kecil.
Susu kambing menjadi minuman keluarga Halimatus Sa'diyah. Nabi ketika kecil hanya minum susu ibu.
2. Nabi memelihara kambing ketika bersama pakciknya dan menggunakan susunya sebagai minuman harian keluarga Abi Talib.
3. Nabi meminum susu kambing ketika peristiwa hijrah bersama Abu Bakar r.a dari kambing yang dibawa bersama untuk menutup jejak langkah Nabi SAW sepanjang perjalanan itu.
4. Terdapat beberapa Hadis sahih yang menceritakan tentang 'mengembala' kambing sebagai pekerjaan para Nabi termasuk Nabi Muhammad SAW.
Antaranya, Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW:
“Allah tidak mengutus seorang Nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”.
Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?”
Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
(HR. Bukhori dan Muslim)
PERISTIWA ISRA' MIKRAJ
Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj itu, Nabi SAW dihidangkan dengan minuman sebanyak 2 kali, iaitu semasa di masjid al-Aqsa dan kali kedua semasa nabi berada di Baitul Makmur. Pada kali pertama, nabi dihidangkan dengan susu dan arak manakala pada kali kedua Nabi dihidangkan dengan susu, arak dan madu. Namun Nabi memilih meminum susu untuk kedua-dua santapan tekak Baginda. Dengan meminum susu, malaikat Jibrail menjelaskan umat Muhammad berada pada jalan yang lurus.
Wallahu A'lam...
*Diambil dari beberapa sumber rujukan*
Jom amalkan pemakanan Sunnah dgn AHLAN Susu Kambing...
"nikmat terasa, khasiat berganda"