Sunday, February 21, 2016

Perbandingan Susu Kambing dengan Susu Lembu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dalam post sebelum ini, kami telah huraikan khasiat susu kambing yg paling utama iaitu susu yg terbaik selepas susu ibu.

Dalam post kali ini, kami akan cuba huraikan perbandingan antara kelebihan dan khasiat susu kambing berbanding susu lembu, berdasarkan beberapa rujukan dan bacaan yang kami jalankan.


1. Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. 



 *Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf dan pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh). Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan. 

2. Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

3. Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu. Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser. 

4. Komposisi melekul Susu Kambing yang halus dapat dicerna dengan mudah dan sempurna dalam tempoh 20 minit sahaja berbanding lebih 2 jam untuk susu lembu.

5. Susu kambing bersifat alkali (seperti susu Ibu) berbanding susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.

*Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45. Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Jadual Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter) 

VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043


Jom amalkan pemakanan Sunnah dengan AHLAN Susu Kambing...






No comments:

Post a Comment