Friday, February 26, 2016

Amalan Sunnah Hari Jumaat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah bertemu kita lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah ini, penghulu segala hari.

insya Allah mari kita sama-sama berusaha tingkatkan amalan kita dengan amalan Sunnah di hari Jumaat ini.
Moga kita semua mendapat Rahmat.



Tuesday, February 23, 2016

Sejarah Islam berkaitan Kambing

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Antara Nabi yang pernah mengembala kambing adalah:
1. Nabi Adam
2. Nabi Musa
3. Nabi Ibrahim
4. Nabi Isa
5. Nabi Muhammad SAW

NABI MUHAMMAD SAW
1. Ketika berada di kampung ibu susuan Baginda, tanah menjadi subur dan susu kambing menjadi banyak sebagai tanda 'tuahnya' baginda SAW ketika kecil.
Susu kambing menjadi minuman keluarga Halimatus Sa'diyah. Nabi ketika kecil hanya minum susu ibu.

2. Nabi memelihara kambing ketika bersama pakciknya dan menggunakan susunya sebagai minuman harian keluarga Abi Talib.

3. Nabi meminum susu kambing ketika peristiwa hijrah bersama Abu Bakar r.a dari kambing yang dibawa bersama untuk menutup jejak langkah Nabi SAW sepanjang perjalanan itu.

4. Terdapat beberapa Hadis sahih yang menceritakan tentang 'mengembala' kambing sebagai pekerjaan para Nabi termasuk Nabi Muhammad SAW.

Antaranya, Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW: 

“Allah tidak mengutus seorang Nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. 
Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” 
Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
(HR. Bukhori dan Muslim)

PERISTIWA ISRA' MIKRAJ
Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj itu, Nabi SAW dihidangkan dengan minuman sebanyak 2 kali, iaitu semasa di masjid al-Aqsa dan kali kedua semasa nabi berada di Baitul Makmur. Pada kali pertama, nabi dihidangkan dengan susu dan arak manakala pada kali kedua Nabi dihidangkan dengan susu, arak dan madu. Namun Nabi memilih meminum susu untuk kedua-dua santapan tekak Baginda. Dengan meminum susu, malaikat Jibrail menjelaskan umat Muhammad berada pada jalan yang lurus.

Wallahu A'lam...

*Diambil dari beberapa sumber rujukan*

Jom amalkan pemakanan Sunnah dgn AHLAN Susu Kambing...
"nikmat terasa, khasiat berganda"


Sunday, February 21, 2016

Perbandingan Susu Kambing dengan Susu Lembu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dalam post sebelum ini, kami telah huraikan khasiat susu kambing yg paling utama iaitu susu yg terbaik selepas susu ibu.

Dalam post kali ini, kami akan cuba huraikan perbandingan antara kelebihan dan khasiat susu kambing berbanding susu lembu, berdasarkan beberapa rujukan dan bacaan yang kami jalankan.


1. Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. 



 *Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf dan pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh). Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan. 

2. Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

3. Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu. Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser. 

4. Komposisi melekul Susu Kambing yang halus dapat dicerna dengan mudah dan sempurna dalam tempoh 20 minit sahaja berbanding lebih 2 jam untuk susu lembu.

5. Susu kambing bersifat alkali (seperti susu Ibu) berbanding susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.

*Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45. Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Jadual Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter) 

VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043


Jom amalkan pemakanan Sunnah dengan AHLAN Susu Kambing...






Friday, February 19, 2016

Kelebihan Susu Kambing #1...

Alhamdulillah...
Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dgn hari Jumaat, penghulu segala hari.

Syukur kerana setakat ni segala progress pengurusan Ahlan Susu Kambing berjalan seperti yang dirancangkan...
Pihak pengurusan sedang bertungkus lumus bekerja untuk merekacipta design dan sebagainya.
InsyaAllah produk sulong kami Ahlan Susu Kambing akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Ahlan Susu Kambing yang akan dipasarkan nanti ni banyak kelebihannya.
Antaranya khasiat susu kambing adalah....

Khasiat Susu Kambing #1:

Susu Kambing adalah susu terbaik yang hampir menyamai khasiat susu ibu, dan berganda-ganda kahsiatnya melebihi susu lembu.
Maha suci Allah, umum mengetahui akan khasiat susu ibu ini, tiada susu lain yg dapat menandinginya. Sebab itu kita digalakkan untuk menyusukan bayi dgn susu ibu.

tetapi ada sesetengah ibu yg tidak dapat mengeluarkn susu atas sebab2 tertentu, maka susu kambing adalah alternatif terbaik yg boleh diberikan kepada bayi (untuk bayi setahun ke atas).

untuk ibu yg menyusukan bayi pula, susu kambing mampu membantu ibu2 menghasilkan susu dgn lebih banyak dan lebih kualiti.

Jadi, bertukarlah dari susu jenis lain ke susu kambing, lebih2 lagi Ahlan Susu Kambing yg akan berada di pasaran tidak lama lagi.... Insya Allah..

Jom amalkan pemakanan Sunnah dengan Ahlan Susu Kambing...





Tuesday, February 16, 2016

Pembukaan Blog Rasmi Ahlan Susu Kambing


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Ahlan Wa Sahlan.... Selamat datang ke Blog Rasmi Ahlan Susu Kambing!!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin Nya blog rasmi Ahlan Susu Kambing ini dapat di buka dengan jayanya.

Blog ini adalah blog rasmi bagi produk Ahlan Susu Kambing yang akan dipasarkan tidak lama lagi, Insya Allah...

Segala maklumat berkaitan Ahlan Susu Kambing akan dihebahkan melalui blog rasmi ini, dan juga melalui medium lain yang akan dibuka pada masa akan datang Insya Allah.

Nantikan pengumuman traikh pelancaran Ahlan Susu Kambing tidak lama lagi...


Dari pihak pengurusan,
Ahlan Susu Kambing