Monday, April 4, 2016

SUSU KAMBING BERBAU??

Assalamualaikum...

Bila sebut pasal susu, kebanyakan org akan terus terbayang susu lembu, seolah2 hanya lembu shj yg menghasilkn susu.

Terdapat lebih 440 juta kambing di seluruh pelusuk dunia ini yg menghasilkn 4.8 juta tan susu kambing.

Akan tetapi menurut suatu kajian, di USA shj terdapat lebih krg 10 juta lembu yg menghasilkn 60 juta tan susu setahun. 

Ini menunjukkn bhw jumlah susu yg dihasilkn di USA shj jauh melebihi keluaran susu kambing dunia, menjadikn susu kambing kurang popular kerana kekurangan pengeluaran.

Bila sebut susu kambing, pasti ramai yg akan terfikir dan terbayang sbg punca panas badan, darah tinggi dan baunya yg hamis. Kambing telah di "kambing hitam" kan sbg punca kpd masalah yg sebenarnya berpunca dari perkara lain, walhal susu kambing adalah sgt baik utk mengatasi/mengawal pelbagai jenis penyakit.

Susu Kambing Berbau??

Susu kambing sebenarnya sgt sedap diminum segar sebaik shj ianya diperah.
Akan tetapi mmg sukar utk kita dptkn yg segar sebegini.

Susu kambing berbau hamis disebabkn oleh bebrapa faktor.
Antara faktor terbesar punca bau hamis adalah disbbkn oleh kaedah kendalian susu kambing yg tidak efisyen slps ianya diperah.

Kajian yg dijlnkn oleh Syed Fahim Bihaqi dan Henna Jalal dalam Research Journal of Agricultural Sciences 2010, menerangkn kaedah yg boleh digunakn utk mengelakkn susu kambing berbau. Antaranya adalah:

1. Penyimpanan yg betul:
Susu kambing perlu disejukkan pada suhu dibawah 5oC sebaik ia diperah. ini bg memastikn enzim2 yg terdapat dlm susu kambing tidak sempat menjadi hyperactive dan bertindakbalas. 

2. Kaedah Pasteur yg betul
Proses pasteur akan memusnahkn enzim2 dan mikro-organisma dlm susu yg menjadi punca bau hamis. Proses Pasteur boleh dilakukan dgn pelbagai kaedah pemanasan seperti memanaskan pada suhu 63oC selama 30 minit, atau 72oC selama 15 saat atau 89oC selama 1 saat. Proses Pasteur perlu ditutup dgn proses penyejukan dan penyimpanan yg betul pada suhu yg betul.

3. Pemberian makanan yg betul
Makanan kambing juga menjadi punca susu berbau, jadi amatlah penting untuk mengambil berat pemakanan kambing yg betul.

Apa yg ingin disampaikan di sini adalah, dgn teknologi dan kaedah yg betul, susu kambing dpt dihasilkn tanpa bau hamis. 

Susu Kambing keluaran AHLAN telah diproses dgn begitu teliti dan hasilnya tiada bau hamis dan berkualiti premium.
Malahan rasanya lebih enak dan digemari oleh semua golongan dari kanak2 hingga lah warga emas.

Kini semua org boleh nikmati susu kambing tanpa ragu2 atau perlu menutup hidung lagi...

Terima kasih.




No comments:

Post a Comment